Welcome to my blog

If you are interested to learn folkart and decorative painting, join my classes every thursdays and sundays 10am till 12.30pm. Fees is RM50 per class. Bring your own painting materials and supplies or you can get me to buy for you, if you haven't any yet.

You can contact me at email
zaitunramli@yahoo.com or call at 0173144532

Also, look out for the workshops which is organised from time to time, here in my studio and also at other towns/states.

Do visit my other blog Ye Oliveblue Shoppe, where I have some painted stuff for sale.



Saturday, August 2, 2008

We Are In the News

Utusan Malaysia dated 9 july 2008 featuring us about our newly published book. Here's the Utusan Malaysia pullout -MODE (front page)



Cita Rasa Seni Tiga Sahabat
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL




KEHIDUPAN sebagai pelukis dekoratif memberikan satu dimensi baru dalam kehidupan tiga wanita ini. Ibarat terapi dan kepuasan pada diri, satu demi satu lukisan dihasilkan di atas objek hiasan seperti, kotak tisu, almari kecil, kerusi sehingga mereka tidak sedar sudah puluhan lukisan dihasilkan. Tambah menggembirakan apabila hasil lukisan berkenaan mendapat pujian serta penghargaan dari ahli keluarga dan rakan-rakan. Perasaannya memang tidak terungkap dengan kata-kata.
Pelukis dekoratif sebenarnya ialah pelukis yang menghasilkan lukisan di atas pelbagai item. Di Amerika Syarikat, tempat asal lukisan ini bermula, ia turut dikenali sebagai folk art atau seni rakyat. Biasanya lukisan tersebut dilukis pada hiasan rumah seperti almari, kerusi, perhiasan dinding, pinggan dan sebagainya.
Dalam seni ini pelbagai jenis teknik lukisan digunakan yang membolehkan benda biasa berubah menjadi satu hasil seni yang menarik serta mempunyai nilai yang tersendiri. Bagi kebanyakan pelukis yang terlibat dengan cabang seni ini mendakwa, setiap lukisan yang dihasilkan umpama ekspresi perasaan mereka, biasanya lukisan yang dihasilkan atas sesuatu barangan dihadiahkan kepada orang yang tersayang bagi menyatakan perasaan kasih sayang mereka.
Begitulah juga antara sebab mengapa ketiga-tiga sahabat ini memilih bunga ros sebagai motif untuk setiap hasil lukisan mereka. Bagi mereka bunga ros adalah lambang wanita yang cantik, bersemangat dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Malah lukisan yang bermotifkan bunga ini juga sering mendapat tempat di hati penggemar lukisan seni dekoratif.
Bermula sebagai hobi mengisi masa lapang, kini, Aniza Khir Omar, Zaitun Ramli dan Norana Ghazali, semakin serius dengan seni lukisan yang sebati dengan darah daging mereka. Ketiga-tiga mereka merupakan isteri dan ibu yang masing-masing mempunyai tanggung jawab terhadap ahli keluarga. Kini dalam usia yang semakin matang dan anak-anak yang menginjak dewasa, mereka bijak memenuhi masa dan memanfaatkan minat menjadi satu kerjaya yang memberi kepuasan buat diri mereka sekali gus mendatangkan pendapatan sampingan buat mereka.
Jika dilihat dari latar belakang masing-masing, pasti ramai tidak menduga mereka boleh ‘terjebak’ ke bidang seni ini. Aniza contohnya adalah seorang bekas akauntan di sebuah syarikat swasta. Zaitun pula seorang lulusan kejuruteraan yang pernah berkhidmat sebagai pengurus sumber manusia, manakala Norana merupakan seorang bekas guru biologi.
Menemu bual Aniza, ibu kepada empat anak berusia 9 hingga 17 tahun ini, membuka kisah bagaimana seni lukis boleh terpahat dalam hatinya. “Mula-mula ia hanya hobi, kemudian menjadi ketagih pula. Selepas serius dalam bidang ini, saya nekad menambah ilmu dan seterusnya menjadi pengajar, sehinggakan di rumah saya tersedia satu sudut khas untuk saya melukis,” jelas Aniza yang gemar menggunakan motif bunga Inggeris dalam lukisannya. Aniza berkata, hobi ini boleh menjadi satu sumber pendapatan yang menguntungkan. “Seronok bila ada kawan yang ingin membeli hasil kerja kita. Saya memang banyak menggunakan motif bunga ros namun kini saya sedang bereksperimen untuk menghasilkan lukisan pemandangan,” jelasnya yang boleh menyiapkan lima lukisan sehari.
Sementara itu, Norana pula berkata, selepas berhenti dari menjadi guru kira-kira 18 tahun lalu, dia terus mencuba pelbagai aspek seni termasuk menjahit, kraftangan, seni sulaman dan macam-macam lagi. “Peluang mengikuti sebuah yayasan seni berkunjung ke Australia membuka lembaran baru dalam diri saya. Tiga tahun selepas itu dan dengan sokongan kawan-kawan, saya lebih fokus dengan bidang seni lukisan yang dipilih,” ujar ibu kepada empat anak berusia 16 hingga 25 tahun ini. Anak-anak Norana juga mempunyai bakat seni masing-masing, namun salah seorang anaknya yang berbakat dalam bidang animasi menjadi penasihat Norana dalam lukisan perspektif. “Sebagai ibu banyak menghadapi karenah anak terutama yang meningkat remaja, justeru itu untuk tidak menyakiti hati sesiapa, saya melukis dan ia ibarat terapi yang memberi kelegaan dari tekanan,” jelasnya.
Seorang lagi artis wanita, Zaitun berpendapat seni lukis ini perlu diminati barulah mendapat hasil yang memuaskan. Zaitun yang juga bekas pengurus sumber manusia juga berkelulusan bidang kejuruteraan ini suka menambah ilmu lukisan dengan menuntut ilmu daripada guru yang berbeza supaya mendapat teknik dan motif yang pelbagai. Kata ibu kepada lima cahaya mata berusia antara 8 hingga 25 tahun ini, beliau amat suka melukis pada perabot rumah.
Menulis buku
Peluang yang ditawarkan oleh seorang sahabat mereka, Yasmin Siddik, untuk menghasilkan sebuah buku tentang lukisan dekoratif ibarat bagai pucuk dicita ulam mendatang. Yasmin yang juga seorang penulis buku, mencadangkan agar ketiga-tiga sahabat ini mengumpul bahan untuk penghasilan buku pertama seumpamanya di Malaysia. “Buku tentang lukisan dekoratif memang tidak pernah dihasilkan di negara ini, jika kita ke kedai-kedai buku utama seluruh negara semuanya oleh penulis luar.
Jadi peluang yang ditawarkan oleh Utusan Publication & Distributors (UPND) disambut baik,” jelas Norana. Proses untuk mengumpul bahan dan teks mengambil masa selama lima bulan, manakala untuk susun atur, foto dan teks mengambil masa selama lapan bulan. “Insya-Allah pelancaran buku ini akan diadakan pada bulan Ogos dengan kerjasama UPND dan kami akan mengadakan bengkel lukisan dekoratif terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat,” jelas Aniza.
Buku yang diberi tajuk Decorative Painting, Amaze Yourself With Stunning Projects ini sesuai untuk semua peringkat pelukis sama ada yang baru bermula atau yang telah lama. Ia akan dipasarkan dengan versi Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum dialih bahasa ke Bahasa Malaysia. Selepas dilancarkan kelak, buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara dengan harga RM36 sahaja.

No comments: